Make your own free website on Tripod.com
Sejarah Sekolah

 

Home
Misi dan Visi
Sejarah
Staf
Maklum balas
Kokurikulum
Logo

 

Pengasas 1925

Pengasas SK St. Peter Saratok adalah terdiri daripada orang-orang tempatan. Mereka terdiri daripada:

1. Orang Kaya Kassim ak. Entinggi (dari Temudok Krian Saratok)

2. En. Sangkan ak. Amba (dari Kawit Saratok)

3. En. Seman ak. Inggol (dari Kamidan Awik Saratok)

4. En. Ellie ak. Radin (dari Kamidan Awik Saratok)

5. En. Lanchang ak. Sagai (dari Kamidan Awik Saratok)

Bangunan Sekolah

Sekolah ini dibina di tempat yang ada sekarang oleh Badan Penyebaran Agama kristian atau Society for The Propagation of Gospel (SPG) dalam tahun 1925. Bangunan awal sekolah ialah sebuah blok satu tingkat yang mempunyai tiga buah bilik darjah. Tingkat atas digunakan sebagai asrama. Sebuah dapur dan sebuah gereja dibina berasingan.

Persekolahan Pertama

Hari persekolahan pertama bagi sekolah SK St. Peter (dulu SRB St. Peter) ialah pada 25.10.1925. Tarikh tersebut merupakan tarikh bersejarah bagi sekolah ini. Pada awalnya sekolah ini tidak mempunyai had umur bagi murid-murid. Murid yang tertua berumur 20 tahun dan yang termuda ialah 5 tahun. Senarai murid terawal belajar di sekolah ini seramai 21 orang.

Tiga bulan kemudian

Paderi Wilfred Linton bertukar tempat bertugas ke SK St. Augustine, Betong. Namun, beliau masih bertanggungjawab dalam mengajar agama Kristian dan secara tidak langsung pengurusan sekolah.

Sistem Pelajaran

Sistem pada masa itu tidak dapat dipastikan. Hari persekolahan pertama, murid terus diajar mengenai abjad dan mengeja dalam Bahasa Inggeris. Sistem ini disebut sebagai "Infant Readers". Setelah lulus barulah mereka masuk Standard 1. Ajaran agama Kristian diajar semasa perhimpunan dan juga dijadikan sebagai satu subjek dalam kelas.

Pertengahan 1926

Standard 1 yang pertama dimulakan. En. Martin Nanang sebagai guru besar dan beliau dibantu oleh seorang guru biasa En. Minggat ak. Ulok.

Tahun 1930

En. Martin Nanang berpindah ke SK St. Christopher, Debak. En. Walter Unjah dilantik sebagai guru besar. Terdapat lebih kurang 30 orang murid di sekolah ini. Daripada jumlah itu hanya 3 orang murid perempuan iaitu, Cik Linda ak. Unak, Cik Phyliss ak. Nanang, dan Cik Rose ak. Walter Unjah.

Tahun 1933

En. Jeluing ak. Braoh dilantik sebagai guru besar. Pelajaran di sekolah ini setakat Standard 6. Pada masa itu cuma ada 4 orang murid dalam Standard 6.

Penghujung Tahun 1933 - 1935

Pada masa ini SK St. Peter adalah di bawah jagaan Kalaka Local Authority dan Anglican Mission dari St. Augustine, Betong. Tuan Paderi yang bertanggungjawab ialah Revd. Father Linton dari England. Jumlah murid pada masa itu ialah 18 orang dan tiada murid perempuan. Murid yang tinggal di asrama dikenakan bayaran $3.00 sebulan. Pada masa ini pelayan asrama tidak diperuntukkan. Oleh itu, 2 orang murid ditugaskan untuk memasak dalam satu minggu. Gaji guru ketika itu ialah di antara $8.00 ke $10.00 sebulan berdasarkan kelayakan akademik.

Tahun 1936 - 1941

Jumlah murid seramai 36 orang dan tahap pelajaran adalah sampai Standard 4. Murid-murid yang hendak menyambung pelajaran untuk mengambil Junior Standard hendaklah pergi ke SK St. Thomas, Kuching. Junior Standard adalah pelajaran yang lebih tinggi di Sarawak semasa pemerintahan Rajah Brooke. Guru-guru yang bertugas pada masa ini adalah seperti berikut:

1. En. James Maringgai dari Kamidan awik (Guru Besar).

2. En. Philip Bedus dari Kamidan Awik, Saratok.

3. En. William Hada dari Kuap, Kuching.

4. Father Rajit dari Melaban, Betong.

Tahun 1941 - 1945

Pada masa ini SK St. Peter terpaksa ditutup kerana pada waktu ini adalah zaman Penaklukan Jepun.

Tahun 1946.

Liberation Day (?)

Tahun 1948

Revd. Canon Lawrence Angking adalah seorang paderi dan juga Guru Besar sekolah ini. Guru-guru lain yang turut bertugas pada masa ini ialah: En. Anthony Nyangan, En. Micheal Abunawas dan En. Linggih.

Tahun 1953

En. Bernard Freddy menjadi Guru Besar, manakala guru-guru di bawah jagaannya ialah En. August dan En. Emerson Gerijih Juing.

Tahun 1954

Pada masa ini, Revd. D.A. Willington menjadi Guru Besar. Guru-guru lain ialah: En. Micheal Abunawas, En. Anthony Nyangan, En. Ignatius Angking dan En. Wilson Jiram.

Tahun 1955 - 1959

Guru Besar pada masa ini ialah En. Nicholas Rangkap Mai. Guru-guru lain ialah: En. Micheal Abunawas, En. Wilson Jiram, En. Jonathan Ringgit Sumping, En. Mathew Demang dan Pn. Patricia Wong.

Tahun 1960 - 1962    : En. Wellington Rufus Nanang (GB)

Tahun 1963              : En. David Gandhi Mai (GB)

Tahun 1964 - 1966    : En. Hilary Unsek Umbo (GB)

Tahun 1967              : En. Jonathan Ringgit Sumping (GB)

Tahun 1968 - 1974    : En. Hilary Unsek Umbo (GB)

Tahun 1975 - 1983    : En. Benedict Sigie Ambau (GB)

Tahun 1984 - 1986    : En. James Janting Linggih (GB)

Tahun 1987 - 1994    : En. Ambrose Ambu Dampa (GB)

Julai 1994 - 2003      : En. Thomas Sudin Ensudin (GB)

2004 hingga kini       : En. Brangin Jingan (GB)

 


TAHUKAH ANDA, DI MANAKAH ANAK ANDA SEKARANG ? SAYANGILAH MEREKA..

Home | Misi dan Visi | Sejarah | Staf | Maklum balas | Kokurikulum | Logo

 

This site was last updated 01/03/07