Make your own free website on Tripod.com

PENDIDIKAN UNTUK SEMUA..TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE LIANG LAHAD....AGI IDUP AGI NGELABAN....

Nama: Johari b. Bujang                                                                                                                                      

Alamat: SK St. Peter, 95407 Saratok Sarawak                                                                                            

Kelayakan Akademik: STPM                                                                                                                                  

Pusat Pembelajaran PJJ : OUM,Institut Methodist Pilley Sibu,Sarawak                                                        

Program: Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian (Tahun Akhir)                                                                                                                                                                     

Mula bertugas di sekolah sekarang : Sejak 1989                                                                                            

Jawatan : Guru Cemerlang (Bahasa Melayu)

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Salam sejahtera buat semua. Ini merupakan kali pertama saya terlibat dalam pembinaan laman web. Justeru, saya berharap agar anda dapat memberikan maklum balas mengenai laman web yang saya bina ini. Saya sememangnya seorang yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam menuntut ilmu terutama sekali yang berkaitan dengan teknologi maklumat.Sebab itulah saya melanjutkan pelajaran saya dalam bidang Teknologi Maklumat di Open University Malaysia (OUM) sejak tiga tahun yang lalu secara PJJ. Niat saya hanyalah untuk mempertingkatkan profesionalisme dalam bidang IT. Justeru, kepada sesiapa yang belum mempunyai niat untuk melanjutkan pelajaran, segeralah berbuat demikian. Terlalu banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran disediakan kepada kita khasnya para pendidik. Jadi,tepuklah dada, tanya selera. Mempunyai tujuh orang cahaya mata serta isteri tanpa kerja, tidak melemahkan semangat saya untuk belajar (bukan nak angkat bakul). Tetapi minat yang terlalu mendalam telah mengubah segala-galanya. Usaha ini memerlukan pengorbanan sama ada dari segi masa, tenaga dan wang ringgit.

    Ingin saya berkongsi maklumat atau lebih dikenali sebagai 'perkongsian pintar' bersama saudara-saudari sekalian. Pengorbanan yang saya maksudkan dapat dikategorikan kepada 3 iaitu dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Dari segi:

Masa:

1. Kita terpaksa berkorban masa terutama semasa membuat tugasan (assignment). Bagi saya, masa yang paling sesuai ialah pada hujung minggu atau selepas pukul 10.00 malam (sebab pada masa ini anak-anak kecil saya sudah tidur dan tidak mengganggu saya membuat kerja di depan komputer).

2. Jadi, jam 2 atau 3 pagi barulah dapat tidur,setiap hari.

3. Ke perpustakaan untuk membuat rujukan.

4. Waktu persekolahan; pagi kita mengajar, petang tuisyen SBT, kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum.

5. Berkursus dan aktiviti-aktiviti lain di luar sekolah.

Tenaga:

1. Kita perlu menghantar tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Jika tidak, markah akan ditolak.

2. Melayari internet sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali seminggu untuk "Forum" secara "online" dengan tutor masing-masing.

3. Jadi, sudah tentulah 'tenaga'/bil elektrik pun melambung..(he..he..kira tenaga le tu)

Wang:

    Dalam tempoh 3 tahun berlalu, saya sudah 'menyembah' 4 buah bank untuk membuat pinjaman, bagi meneruskan pengajian. Di OUM (open market) kita kena keluar bajet lebih kurang RM4,500.00 setahun (3 semester setahun). Jadi, 4 tahun lebih kurang RM18,000.00. Inilah pelaburan kita!

    Janganlah saudar-saudari berasa 'takut' pula dengan pengorbanan kita sebagai pendidik setelah membaca cerita di atas tadi. Ketahuilah, semuanya bergantung kepada "MINAT" dan "PENGORBANAN". Jika kita tidak mempunyai 2 unsur ini, lupakan saja!!

    Terus terang saya katakan bahawa apa yang saya tulis di atas bukanlah untuk meninggikan diri. Tetapi, melalui pendedahan seperti ini barulah saya sedar bahawa selama ini saya berada pada landasan yang 'bodoh' kerana tidak mengambil peluang melanjutkan pelajaran sejak dahulu lagi. Apa lagi, saya pun terus mengambil tindakan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang saya minati ini atas dorongan rakan-rakan seperjuangan.

    Justeru, kepada saudara-saudari yang masih 'ringan bebab' buatlah pendirian yang tepat. Marilah kita bersama-sama menyahut cabaran untuk membuat anjakan paradigma. Kita ubah cara hidup kita, cara kita berfikir, semuanya untuk masa depan kita sendiri. Saya sering berfikir secara terbuka; takkan selama-lamanya kita nak menggunakan sijil SPM,STPM atau Diploma Perguruan (maaf, bukan nak merendah). Tetapi, inilah yang saya sentiasa fikirkan..untuk diri saya sendiri.

    Dunia semakin hari semakin mencabar. Kita 'takut' semasa kita mengajar di dalam kelas, ada di antara murid-murid kita yang 'lebih tahu' daripada cikgu tentang sesuatu maklumat. Apabila murid-murid bertanya sesuatu tentang komputer atau dunia IT, kita pula tidak tahu jawapannya. Kita pun memberikan jawapan yang ala kadar sahaja atau lebih dikenali sebagai "hantem sajalah Labu!". Inilah yang selalu menghantui diri saya. Lalu saya pun keluar dari kemelut kebingungan itu untuk menyahut cabaran.

    Justeru, melalui perkongsian pintar ini saya berharap agar saudara-saudari di luar sana, bangkitlah, bukalah hati, buka minda. Peluang untuk kita melanjutkan pelajaran terlalu banyak dewasa ini. Namun, tugas kita sebagai pendidik janganlah kita abaikan, gara-gara kita menyahut cabaran ini!!

    Sekian, terima kasih...

 

[Balik ke Utama]